no like at all 😂. • kebersihan memang TOTALLY OUT • tiada staff yang jaga , tiada counter desk , urusan check in hanya melalui call phone sahaja • toilet Ya Rabbi 0.0 / 10 , kotor nak mateyyy , siap ada kesan najis lagi , memang cleaner sini tak buat kerja la aku rasa • lantai toilet hmmm malas la nak cakap , berlendir , asal la cleaner tak garas eh • sinki , dinding sama je la tak di usik , tak tahu apa function cleaner • facility cuma ada katil & aircond sahaja , tv famili room je ada , itupun tak tahu boleh on ke tak . meja , almari, kerusi memang tak ada • langsir berjuntai² , cadar & sarung bantal mashaaAllah , da la koyak rabak , rupa tak semenggah , bersih tu NO KOMEN , siap ada semut atas tilam • lantai bilik aku tak yakin cleaner mop , sebab tapak kaki akan kotor kalau tak guna selipar sendiri • tangga hotel , ceiling mashaaAllah kotor & bersawang , ini lah mengundang benda² halus bermaustatin sini • PART LAST tempat ni KERAS ya . kalau korang memang hati kental & ada baca², silakan check in . aku suggest ambil bilik NO.1 (family room) untuk rasa pengalaman kena tegur tepi telinga & kena tindih sampai sakit tekak kau menjerit time struggle nak melepaskan diri tu • aku & member check in 2 malam . malam pertama member datang mimpi ada sosok memerhati kat luar tingkap , member terjaga je dari mimpi , time tu jugak dia kena tegur dengan suara garau 'HEIIIIIIIII' . member kejut aku , aku bangun , dia cakap dia kena kacau . • time tu jam 4am . oke aku bangun & jaga , pasang ayat suci quran kat phone letak tepi bantal kat kepala . member sambung tidur • nak dekat jam 6 aku tertidur pulak . hmmm time tu la aku kena tindih . struggle gila nak lepaskan diri, macam² ayat baca , aku rasa masa tu aku sedar ya cuma tak boleh gerak badan & tak bole buka mata • sebab apa aku rasa aku sedar & bukan mimpi , ayat quran yang aku pasang tadi jelas aku dengar kat telinga
FatizaVor einem Monat